krtsimpang3keladi


Selamat Datang Ke Laman Blog Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman

http://krtsimpang3keladi.blogspot.com/

Monday, September 12, 2011

MERDEKA RAYA

09 Sept 2011 bersamaan 11 Syawal 1432H.

Jumaat - Komuniti Bistari Mukim Keladi dan KRT Simpang Tiga Keladi telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya bertempat di Taman Rambai mulai jam 3.00ptg. Antara tetamu yang hadir ialah En S. Anandan - Penyelaras DUN Lunas, En Jumain - Pegawai Penerangan Daerah Kulim, En Zulhisham - Penghulu Mukim Keladi /Pengerusi Kumuniti Bistari Keladi, En Halim Hassan - Timbalan Ketua UMNO Bhg Padang Serai, En Mohd Bakhri Hashim - Pegawai JASA/Naib Ketua UMNO Bhg Padang Serai, En Thuraisamy - Pegawai NGO Daerah Kulim, Dato Mohd Hidhir Hj Ismail (Bekas Ketua UMNO Bhg Padang Serai), Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bhg Padang Serai dan Ahli Jawatan Kuasa KRT Simpang Tiga Keladi. Majlis juga dihadiri oleh lebih kurang 300 orang penduduk-penduduk sekitar Tmn Rambai, Tmn Nenas, Tmn Bidara, Tmn Desa Melati, Tmn Merpati, Tmn Nuri, Kg Simpang Tiga Keladi, Kampung Tok Rasul, Kampung Tai Sun, Kampung Dusun, Kampung Keladi, Kampung Pondok Labu Dan Kampung Pondok Labu Hujung.
Majlis di mulakan dengan ketibaan konvoi bermotosikal mengarak Jalur Gemilang yang bermula dari Kampung Keladi dan berakhir di Tmn Rambai yang disertai hampir 20 buah motorsikal. Disusuli ucapan aluan oleh En Zulhisham Pengerusi Komuniti Bistari Mukim Keladi. Kemudian giliran En Jumain - Pegawai Penerangan Daerah Kulim memberikan ucapan dan penerangan mengenai konsep majlis Merdeka Raya yang diadakan. Majlis Merdeka Raya kemudianya dirasmikan oleh En Anandan - Penyelaras DUN Lunas.

Para tetamu kemudiannya dijamu dengan pelbagai juadah hari raya yang disediakan dan dihidangkan oleh penduduk Kampung Keladi dan penduduk Kampung Pondok Labu Hujung.

Semasa para tetamu menjamu selera beberapa acara dipersembahkan telah diadakan antaranya persembahan Musik Traditional dari Kumpulan Belia Kampung Pondok Labu, Tarian Melayu oleh Kanak-kanak Kampung Keladi dan Persembahan Tarian Kaum India oleh para Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi. Juga diadakan acara cabutan bertuah kepada para pengunjung bertuah yang turut serta dalam majlis tersebut. Majlis bersurai lebih kurang jam 4.30petang.

GAMBAR-GAMBAR dan VIDEO MAJLIS MERDEKA RAYA





Tuan Hj Md Zain Pengerusi JKKKP Kampung Keladi dan keluarga yang menyediakan juadah Laksa, sedang melayan cucu beliau yang turut serta majlis pada hari tersebut.




Antara penduduk Kampung Keladi sedang menyediakan juadah Laksa untuk para tetamu. Mesti sedaaap kan.........!




Rakan kita ini pula sedang menghidangkan Bihun Goreng, huuuii ..... meleleh air liur !




Aik.... adek-adek..., hangpa dah pulun dah ... ! Sedap ke... !




Adek-adek kecil ni pulak sedang menunggu untuk membuat persembahan kepada pengunjung dimajlis tersebut.



Puan Norhayati Walat Pengerusi JKKKP Kampung Pondok Labu Hujung dan kuncu-kuncu beliau sedang menghidangkan Ketupat. Yatie... ni ketupat ke... pulut pasong. Sah tak dan cari daun palas ni...!




Oooi !...kari ayam awat tak bawak mai lagi...! Tetamu dah nak mai makan ni...!






Adek-adek ni pulak sedang mendaftar untuk mendapatkan nombor Cabutan Bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.







Cikgu Balvinder Singh dan En Hashim Ahli Jawatan Kuasa KRT Spg Tiga Keladi mengiring salah seorang tetamu yang menghadiri majlis yang diadakan pada hari tersebut.




Tuan Haji Mehat Ishak Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi merangkap Timbalan Pengerusi Komuniti Bistari Mukim Keladi membincangkan sesuatu dengan En Seathuraman AJK KRT Spg Tiga Keladi.



En Jumain Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Kulim sedang berbual-bual dengan En Mohd Bakhri Hashim Pegawai JASA merangkap Naib Ketua UMNO Bhg Pdg Serai.




Hadiah-hadiah bagi acara Cabutan Bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah utama merupakan sebuah Basikal.




Diantara para hadirin yang bersama-sama memeriahkan sambutan Majlis Merdeka Raya.




Sebahagian tetamu dari kaum Cina yang turut sama hadir menjayakan majlis Merdeka Raya yang dianjurkan. Syabas... inilah semangat 
Satu Malaysia..!



Bagi pengunjung yang baru tiba masih belum terlambat untuk mendaftar bagi mendapatkan nombor Cabutan Bertuah.



Ketibaan Konvoi Bermotosikal Mengarak Jalur Gemilang.




Tuan Haji Md Saad bin Abd Manaf selaku Pengerusi Majlis sedang mengalu-alukan para tetamu Jemputan yang hadir. Antaranya En Anandan, En Jumain, En Zulhisham, En Mohd Bakhri Hashim, Tuan Hj Mohd Azmi Abdullah dan AJK UMNO Bhg Pdg Serai. 










Penghulu Mukim Keladi En Zulhisham selaku Pengerusi Komuniti Bistari Mukim Keladi sedang menyampaikan ucapan alu-aluan pada pembukaan Majlis.





Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Kulim sedang menyampaikan ucapan mengenai Kemerdekaan bagi mengingatkan generasi muda akan usaha Tokoh-Tokoh seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Dato Onn Jaafar yang memperjuangkan mendapat KEMERDEKAAN daripada pihak British.




Sebahagian daripada para hadirin yang asyik mendengar ucapan oleh Pegawai Penerangan.








Tuan Haji Mehat bin Ishak selaku Timbalan Pengerusi Komuniti Bistari Mukim Keladi merangkap Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi bersama En Khek Taw Huat sedang mendengar ucapan daripada Pegawai Penerangan Daerah Kulim.
                                                                                                                                
Cikgu Sandrasekaran, Cikgu Balvinder Singh dan En Bakar memberikan posing ketika gambar mereka diabadikan.

 







En Anandan selaku Penyelaras DUN Lunas menyampaikan ucapan Perasmian Majlis Merdeka Raya Anjuran Komuniti Bistari dan KRT Simpang Tiga Keladi.
              
Persembahan Musik Melayu Traditional Oleh Kumpulan Belia/Beliawanis Dari Kampung Pondok Labu



                        
      





Hidangan Cendol yang disediakan paling mendapat sambutan pengunjung Majlis Merdeka Raya.





Para tetamu yang hadir sedang menikmati hidangan yang disediakan oleh penganjur.






En Khek Taw Huat AJK KRT Spg Tiga Keladi sedang melayan keluarga beliau menjamu selera dengan juadah yang disediakan.











Lentok-liuk dan lemah gemalai kanak-kanak mengayakan Tarian Melayu mengikut irama yang dimainka
Persembahan Tarian Melayu Kanak-Kanak Kampung Keladi

Wednesday, May 25, 2011

KRT Spg3 Bersama Masyarakat

PROGRAM RT BERSAMA MASYARAKAT

Program KRT Simpang 3 Keladi Bersama Masyarakat telah di anjurkan pada 13hb Mac 2011. Program diadakan dikawasan tempat Letak Kereta berhampiran Gelanggang Bola Keranjang Taman Rambai. Program diadakan mulai jam 8.00pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Program dianjurkan hanyalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim antara Masyarakat Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi yang merangkumi beberapa kampung dan taman perumahan sekitar Simpang Tiga Keladi dengan Ahli Jawatan Kuasa KRT Simpang Tiga Keladi. Kampung-kampung dan taman-taman perumahan yang termasuk dalam KRT Simpang Tiga Keladi adalah saperti berikut:


1. Kampung Simpang Tiga
2. Kampung Pong Ah Yong
3. Kampung Dusun
4. Kampung Tok Rasul
5. Kampung Tai Sun
6. Taman Rambai
7. Taman Nenas
8. Taman Bidara
9. Taman Keladi


Aturcara Program pada hari tersebut :


08.00 pagi                    - Pendaftaran
08.30 pagi                    - Senam Robik
09.30 - 11.30 pagi         - Peraduan Mewarna Kanak-Kanak TBK
                                  - Pameran/Pemeriksaan/Kuiz Kesihatan dan Pergigian
                                  - Pertandingan Futsal (Remaja Lelaki bawah 15tahun)
                                  - Lontaran Bola Jaring - Jaringan terbanyak (Perempuan bawah15th)
11.30 pagi                    - Jamuan Ringan
12.00 tengahari            - Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah
12.30 tengahari            - Majlis Penutup
1.00 petang                 - Bersurai


Sambutan dikalangan masyarakat setempat adalah menggalakan kerana susun-atur acara meliputi berbilang kaum dan berbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga golongan dewasa dan warga usia emas.







Banner yang digunakan bagi mempromosi program yang dianjurkan







Juru Acara Majlis Sdra Adnan bin Sahat sedang memberi penerangan mengenai aturcara program yang dijadualkan berlansung sepanjang pagi tersebut.






Sebahagian daripada peserta cilik kanak-kanak TBK yang turut serta menjayakan Senam Robik.





Jurulatih Senam Robik sedang beraksi bersama kumpulan beliau dan peserta Senam Robik.







Gelek dik...gelek lagi...!






Adik-adik ni nampak bersemangat....  abang-abang kat belakang tu nampak tak bermaya jaa... !








Ewah-ewah.. seronoknya ...!





Angkat kaki dan goyangkan badan dik...!







Adik-adik dok senam robik hang dok mengembut asap.... apa ...raa !






Para petugas dari Pejabat Kesihatan Kulim sedang menyiapkan Pameran Kesihatan.







Cikgu Khalilah dan En Hashim sedang menyusun hadiah-hadiah dan cendera hati bagi para peserta pertandingan yang diadakan.







Urusetia Pendaftaran para peserta.








Lagi seorang urusetia pendaftaran peserta dan Cabutan Bertuah.




Tuan Haji Muhammad Azmi,
Timbalan Pengerusi KRT Simpang Tiga Keladi dan En Idrus Abd Rahman, Setiausaha KRT tidak melepaskan peluang turut serta mengikuti Senam Robik





Antara Hadiah dan Cendera Hati untuk para Pemenang Pertandingan yang disediakan oleh Pihak KRT Simpang Tiga Keladi.





En Seathuraman dan
En Sandrasekaran AJK KRT Simpang Tiga Keladi





Jurulatih-julatih Senam Robik memberikan pose satelah selesai acara Senam Robik. Terima kasih semua..........!






Hai... En Manan nak daftar mengundi ka... nak daftar untuk cabutan bertuah ?






Pendaftaran Pertandingan Melontar Bola Jaring.






Kanak-kanak TBK sedang mewarna dalam acara Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak TBK, bertemakan 'Bunga Kebangsaan 1 Malaysia'





Begitu tekun adik-adik ni nak menyiapkan hasil lukisan mereka.








Laaa... kesiannya adik-adik ni ... tak dak kerusi kaaa ....!



Tengok cik abang ni... relak saja nurse tu cucuk jari dia bagi ujian kesihatan.

Apa...? Dah ada kencing manis dan kolesterol tinggi...?










Petugas dari Klinik Pergigian Daerah Kulim.



Laaa... macam mana hang lontar bola tu.. macam ni punya dekat pun tak masuk...!






Nasi bungkus sudah sampai......., tapi belum sampai masa makan lagi kak ooi...! Tunggu sat lagi... no..!





Hang cakap laa,,, ikut macam yang dah tuleh ni... ! Tuuu...pun nak tanya lagi...!





Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada program tersebut.







Sebahagian lagi dari orang ramai yang turut hadir. Thank you for coming.





Hasil mewarna yang dinobatkan sebagai Pemenang No 1.








Hasil mewarna yang dinobatkan sebagai Pemenang Ke 2.








Dan hasil mewarna yang dinobatkan di Tempat Ke 3



En Shahrizad bin Mohd Dahalan     Pen Pegawai JPNIN DUN Kulim/Bandar Bahru dan
En Mohd Fazlie bin Faisol -
Pen Pegawai JPNIN DUN Lunas







Naib Juara Pertandingan FUTSAL







JUARA pertandingan FUTSAL









Penentuan Juara dan Naib Juara melalui sepakan penalti satelah kedua-kedua pasukan terikat dengan keputusan seri.





Penyokong kedua-dua pasukan memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
Tapi jangan ubah tiang gol tu dik... !





Timbalan Pegerusi dan Setiausaha dengan pose yang tersendiri.





Cikgu Khalilah pun tidak ketinggalan untuk memberikan pose bersama Timbalan Pengerusi dan tuan Setiausaha.




Timbalan Pengerusi sedang berbincang sesuatu dengan Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kulim sebelum acara Penutup.





Pen Pegawai JPNIN Dun Lunas,
En Shahrizat bin Mohd Dahalan sedang menulis sesuatu sebelum memberikan ucapan Penutup.






Para peserta dan hadirin sedang asyik mendengar Ucapan Penutup.






Pen Pegawai JPNIN sedang menyampaikan ucapan Penutup.


Penolong Pegawai JPNIN bersama AJK KRT Simpang Tiga Keladi bergambar bersama
En Anandan - Penyelaras DUN Lunas di akhir Majlis tersebut.


Rakaman-Rakaman Video