krtsimpang3keladi


Selamat Datang Ke Laman Blog Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman

http://krtsimpang3keladi.blogspot.com/

Pengertian Logo Rukun Tetangga


Keseluruhan Logo ini mengutamakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara melalui konsep Pembangunan Komuniti.

1. BULATAN BESAR

    Menggambarkan rakyat Negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu
    padu.

2. WARNA

   Sama saperti yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
  •  Biru      :  Bermuafakat dan bersatu padu.
  • Kuning   :  Kejayaan dan keharmonian.
  • Merah    :  Keberanian dan keluhuran
  • Putih     :  Kesucian dan bertanggung jawab.
3. LIMA BULATAN KECIL BERWARNA MERAH

    Membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang
    berbilang kaum yang mendukung dengan semangat kental serta luhur akan
    falsafah dan aspirasi Rukun Negara serta mengamal dan menghayatinya.

4. DUA TITISAN AIR TERBALIK BERWARNA KUNING

    Melambangkan rakyar negara ini sentiasa berganding bahu dalam usaha
    membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

5. DUA GARISAN BERWARNA MERAH

    Membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua
    ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan
    keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia
    yang bersatu padu.

6. SEGI TIGA BERWARNA KUNING

    Membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh
    rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil
    kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

7. KESELURUHAN GARISAN BERWARNA BIRU

    Memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang
    difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang diamalkan bersama bagi
    tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin
    pembangunan negara.