krtsimpang3keladi


Selamat Datang Ke Laman Blog Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman

http://krtsimpang3keladi.blogspot.com/

Monday, August 20, 2012

Majlis Tadarus Al-Quran 1433H (2012)

Salah satu program yang dirangka oleh KRT simpang Tiga Keladi dengan kerjasam jemaah Surau Al-Mahmudiah Kampung Dusun ialah Majlis Tadarus Al-Quran.

Sepanjang bulan Ramadhan 1433H Surau Al-Mahmudiah Kampung Dusun telah mengadakan Tadarus Al-Quran. Program dijalankan salepas solat sunat Tarawikh pada setiap malam bermula dari malam pertama lagi iaitu pada 20/7/2011 mulai jam 10.45 malam dan berakhir kira-kira jam 12.30 pagi.

Program pada tahun 2012 (1433H) diadakan dengan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dewasa dan kumpulan remaja lelaki. Kumpulan lelaki dewasa disertai seramai 16 orang dan diketuai oleh En Mohamad Radzi bin Hj Ahmad. Manakala kumpulan remaja lelaki pula disertai seramai 10 orang dan diketuai oleh En Mohd Shahrul bin Daud.

Alhamdullillah kedua-dua kumpulan telah dapat membaca hingga khatam mengikut jadual yang dijangkakan iaitu pada 26 Ramadhan 1433. Malah kumpulan remaja telah dapat khatam dua hari lebih awal.

Majlis Khatam Al-Quran dan juga penyampaian sumbangan sagu hati kepada para peserta tadarus dan kepada Imam-imam, bilal dan siak telah diadakan pada 16 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433H. Setiap peserta tadarus menerima sekotak kueh raya dan sahelai kain pelikat. Manakala imam-imam, bilal dan siak menerima tambahan saguhati berupa wang tunai disamping sekotak kueh raya dan sahelai kain pelikat sumbangan KRT Simpang Tiga Keladi dan juga dari individu-individu yang dermawan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En Romli bin Hj Ahmad, merupakan Pengerusi dan juga Imam Surau Al-Mahmudiah Kampung Dusun, Kulim, Kedah.






Salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaan Al-Qur'an.


Para peserta bergambar beramai-ramai.


Sedikit rakan video majlis khatam Al-Qur'an.