krtsimpang3keladi


Selamat Datang Ke Laman Blog Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman

http://krtsimpang3keladi.blogspot.com/

Thursday, November 1, 2012

Bubur Lambok Ramadhan 1433H/Ogos 2012

KRT Simpang Tiga Keladi dalam program yang telah dirangka dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang lalu, telah menjayakan satu lagi aktibiti iaitu Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1433H (Ogos 2012). Akan tetapi KRT Simpang Tiga Keladi hanya menyediakan Bubor Lambok sebagai juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada penduduk sekitar Taman Nenas, Taman Rambai, Taman Bidara, Kampung Tok Rasul, Kampung Dusun, Kampung Simpang Tiga, Taman Nuri dan Taman Merpati.

Majlis dimulai dari pagi lagi bermula jam 9.00pagi dengan gotong-royong menyiapkan khemah.




Menyediakan bahan-bahan memasak bubor lambok yang disediakan oleh En Mohd Isa selaku Chef pada hari tersebut dengan dibantu oleh rakan-rakan Ahli Jawatankuasa KRT Spg Tiga Keladi.





 




 
 

Encik Khek Taw Huat tindak ketinggalan turut serta membantu mengacau bubor lambok yang sedang dimasak. Inilah semangat perpaduan yang erat dikalangan Ahli Jawatankuasa KRT Spg Tiga Keladi yang diterajui oleh Tuan Hj Mehat bin Ishak.



Sementara menunggu bubor belum masak sebahagian AJK lain menyediakan bekas-bekas yang bakal diisi dengan bubor lambok.



En Adnan dan En Mohd Hidzir sedang memasukan bubor yang sudah masak kedalam bekas yang telah disediakan sabelum ini sambil diperhatikan oleh Tuan Hj Mehat bin Ishak Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi.


Bubor Lambok yang telah siap diisi disusun oleh En Salleh dan dibantu oleh Tuan Hj Muhammad Azmi selaku Naib Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi.


Tuan Hj Mehat Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi menagihkan bubor lambok yang disediakan kepada orang ramai yang melalui persekitaran kabin SRS KRT Spg Tiga Keladi.



Terima kasih daun keladi,  tahun depan buat banyak-banyak lagi.... !!!

No comments:

Post a Comment