18 Mei 2012.
Saperti yang telah dirancang, Gotong Royong membersih persekitaran tapak Kabin SRS KRT Simpang Tga Keladi telah diadakan pada 18 Mei 2012 mulai jam 8.00 pagi.
Sebahagian Ahli Jawatankuasa termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha KRT Simpang Tiga Keladi hadir pada hari tersebut bagi membersih persekitaran.
Kerja utama yang di jalankan ialah mengubah lokasi tapak tong sampah MDK kelokasi yang telah ditetapkan dan seterusnya membersih bekas tapak tersebut.
Antara sampah buangan yang terdapat ialah set kusyen lama dan buku-buku serta majallah lama.
Kerja-kerja lain yang perlu dilakukan ialah membuang batu-batu yang bertaburan, memotong rumput dengan menggunakan traktor yang disediakan oleh Encik Adnan bin Sahat dan juga mesin memotong rumput ringan yang dibawa sendiri oleh sebahagian AJK yang mempunyai mesin tersebut.
Kerja mengikat batu bata dan menampal (plastering) disekeliling kaki-lima kabin bagi mengelakkan ular atau binatang berbisa lain masuk kebawah kabin yang mana akan memudaratkan sesiapa yang berada disitu.
Sampah-sampah, batu dan lain-lain bahan buangan dipungut dan diangkut menggunakan sebuah lori yang disediakan oleh En Mohd Hidzir bin Mohd Radzi.
Semua yang hadir pada hari tersebut dijamu dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh Puan Khalilah binti Md Sharip.
Keadaan persekitaran kabin SRS agak semak dan penuh dengan sampah dan bahan buangan lain.
Naib Pengerusi KRT Simpang Tiga Keladi, Tuan Hj Muhammad Azmi tidak ketinggalan turut serta bermandi peluh mengumpulkan sampah-sampah dan rumput yang telah dimesin.
No comments:
Post a Comment