krtsimpang3keladi


Selamat Datang Ke Laman Blog Kawasan Rukun Tetangga Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman

http://krtsimpang3keladi.blogspot.com/

Thursday, November 1, 2012

Mesyuarat Pertama 2012 Di Kabin SRS


Buat julung kalinya dalam tahun 2012, pada 08 Mei 2012 jam 8.00mlm Mesyuarat Jawatankuasa KRT Simpang Tiga Keladi telah mengadakan mesyuarat dalam suasana yang selesa dan teratur, iaitu dalam Kabin Kawalan SRS yang telah siap dan diserahkan kepada pihak KRT Simpang Tiga Keladi.

Pengerusi, Tuan Hj Mehat bin Ishak dalam ucapan aluan beliau telah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kulim/Bandar Baharu, Negeri Kedah dan Pusat atas penyediaan kabin SRS ini. Beliau juga mengucapkan ucapan yang sama kepada pihak Majlis Perbandaran Kulim yang telah meluluskan tapak untuk menempatkan kabin SRS ini.

Seterusnya Pengerusi berharap agar kabin yang telah disediakn oleh JPNIN ini dimanafaatkan oleh KRT Simpang Tiga Keladi dengan sepenuhnya. Mulai dari sekarang sebarang program dan aktibiti KRT Spg Tiga Keladi akn diadakan dipersekitan tapak kabin SRS ini.

 Saperti biasa dalam mesyuarat, setelah Setiausaha membentangkan laporan program/aktibiti sepanjang tahun 2011, dan Bendahari membentangkan laporan kewangan tahun 2011, mesyuarat kali ini juga turut membincangkan program dan aktibiti yang akan diadakan sepanjang tahun 2012. Semua Ahli Jawatankuasa telah bersetuju menyusun program, aktibiti dan anggaran perbelanjaan saperti berikut:
          
1.   Gotong Royong membersih persekiran kabin SRS pada tarikh 18 Mei 2012 mulai jam  8.00pagi dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM300.00. Penyelaras:  En Hashim bin Ahmad.

2.  Kelas Bimbingan Malam bagi pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian, PMR dan SPM pada setiap malam Sabtu di kabin SRS. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 200.00. Penyelaras:  Tuan Hj Muhammad Azmi bin Abdullah.

3.  Majlis Berbuka Puasa pada minggu pertama Ramadhan, bertempat halaman kabin SRS dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 500.00. Penyelaras:  Encik Mohd Hidzir bin Mohd Radzi.

4.  Kayuhan Merdeka pada tarikh 31 Ogos 2012, bermula dari Taman Nenas/Taman Rambai. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 300.00. Penyelaras:  En Tiu Jon Hui.

5.  Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1433H (Ogos 2012) di Surau Al-Mahmudiah Kampung Dusun. Anggaran peruntukan RM 300.00. Penyelaras:  Hj Kamarudin bin Ishak.

6.  Pesta Tanglung pada 29 September 2012, bermula ditapak kabin SRS dan akan melalui Tmn Nenas, Tmn Rambai dan berakhir ditapak kabin SRS. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 400.00. Penyelaras:  Encik Khek Taw Huat.

7.  Pertandingan Kolum dijadualkan dalam bulan Nobember 2012 dihalaman kabin SRS. Anggaran   perbelanjaan sebanyak RM 400.00. Penyelaras:  En Seathuraman.

8.  Sukaneka/Hari Keluarga. Tarikh dalam bulan Disember 2012 dihalaman kabin SRS. Perbelanjaan yang diperuntukan sebanyak RM 2,000.00. Penyelaras:  Encik Sandrasekaran.

9.  Masih Ada Yang Sayang. Bulan Disember 2012 bertempat di Restoren Nurha (bersebelahan Shell Kelang Lama). Perbelanjaan RM 1,000.00. Penyelaras:  En Hamdi bin Mat Ali.

10.   Rondaan SRS. Setiap malam Jumaat dan Sabtu mulai jam 10.00mlm hingga jam 04.00pagi. Perbelanjaan yang dianggarkan sebanyak RM 1,100.00. Penyelaras:  En Balwinder Singh.

Dalam ucapan penangguhan mesyuarat tuan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir dan yang telah menjayakan program serta aktibiti yang telah diadakan sepanjang tahun 2011 lalu. Beliau juga menyeru agar lebih ramai penduduk taman-taman dan kampung-kampung sekitar dalam KRT Simpang Tiga Keladi tampil bersama-sama AJK KRT Spg Tiga Keladi dalam Skim Rondaan dan juga semua program dan aktibiti yang diadakan. Mesyuarat berakhir sekitar jam 10.40 malam.


 Naib Pengerusi KRT Simpang Tiga Keladi, Tuan Haji Muhammad Azmi bin Abdullah dan sebahagian AJK khusuk mendengar ucapan Pengerusi KRT Spg Tiga Keladi.

No comments:

Post a Comment